Wednesday, October 20, 2010
SYNOPSIS & VIDEO KLIP EPISODE 1 - 20 (Tamat) - Drama Lagenda Siti Kelembai mula menemui penonton pada 20 September 2010 Isnin - Khamis di TV3 dan TV9
sumber: http://misskinxs.blogspot.com/
Siti Kelembai merupakan sebuah lagi drama bersiri lagenda yang akan disiarkan di TV3 pada jam 4.30 petang dan di TV9 jam 8.30 malam setiap hari Isnin mulai 20 September 2010.
Dibintangi oleh:
Yana Samsudin, Fizo Omar, Mardiana, Bob Lokman, Cat Farish, Eizlan Yusoof dan ramai lagi. Nampak macam ramai lagi pelakon-pelakon lain
Sinopsis ringkas:
Lagenda ini mengisahkan Siti Ratna yang sering hilang tumpuan semasa guru kelasnya sedang mengajar seolah-olah dirinya berada di alam lain...
Diadaptasi daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi dalam kelas. Pada zahirnya Siti Ratna memiliki rupa paras cantik warisan ibundanya, namun kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang selekeh dan tidak pandai menjaga penampilan diri.
Ketika dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala gurunya sedang mengajar, fikiran Siti Ratna sering melayang entah kemana dan seolah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering dibuli rakan sekuliah.
Menjelang ulang tahun yang ke-18, Siti Ratna tiba-tiba ada satu kuasa yang agak luar biasa. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahguna atau tidak dikawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.
Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memahari sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahi menjadi gatal. Dapatkah Siti Ratna mengawal kuasa saktinya. Apakah kaitan kelebihan dirinya yang dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba? Sama-samalah kita saksikan…-
sumber: http://cikmin.com/
http://www.iedaluvsham.com/
Synopsis Episode 1
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 1
SITI RATNA , anak perempuan tunggal kepada ALANG SAIDI dan SITI MAYANG SARI. Seorang gadis yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas. SITI RATNA dianugerahkan rupa paras yang sangat cantik warisan ibundanya , SITI MAYANG SARI. Namun kecantikan itu tidak terserlah lantaran SITI RATNA seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya. Sewaktu di dalam kelas, SITI RATNA sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran SITI RATNA akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain. Pernah suatu ketika, sewaktu CIKGU SAODAH, guru kelasnya sedang mengajar di hadapan , SITI RATNA membayangkan guru kelasnya itu adalah jelmaan dirinya sebagai seorang Tuan Puteri yang sedang memberi arahan kepada dayang-dayangnya.
Sinopsis Episode 2
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 2
SITI RATNA ingin mengadakan majlis sambutan hari lahirnya. Dia menyuarakan kepada MOIN. Bagi menampakkan kelainan, MOIN mencadangkan agar SITI RATNA menukar imej dan penampilannya. SITI RATNA yang pada mulanya agak berat hati, akhirnya bersetuju setelah dipujuk berkali-kali oleh MOIN. MOIN membawa SITI RATNA berjumpa dengan kakak tirinya, MASMONA yang mempunyai sebuah salon kecantikan. Di sana, SITI RATNA telah ditukarkan imej daripada seorang gadis yang selekeh dan tidak tahu bergaya kepada seorang gadis yang rupawan dan berpenampilan elegan. Sewaktu sambutan hari lahirnyanya itu, secara tiba-tiba SITI RATNA telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pelik. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh SITI RATNA sendiri yang jika disalahgunakan atau tak terkawal boleh menyebab suasana haru-biru.
Sinopsis Episode 3
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 3
Peristiwa yang menimpa JEHAN menjadi bualan hangat di kolej. JEHAN tidak hadirkan diri ke kolej kerana penyakit gatal yang menimpanya masih belum hilang. Tiada siapa yang datang melawatnya kecuali MOIN kerana cuma MOIN yang tahu asal-usul keluarga JEHAN yang susah kerana mereka sekampung. Pelajar-pelajar lain semuanya beranggapan JEHAN datang dari keluarga yang berada apabila dilihat dari segi penampilannya. Hatta, TRISYA sendiri pun tidak tahu di mana rumah teman lelakinya itu. Suatu hari, TRISYA yang bosan kerana tidak dapat keluar dating dengan JEHAN sepanjang penyakit yang menimpa teman lelakinya itu telah merancang untuk berkhemah pada hujung minggu. Dia mempelawa rakan-rakan sekuliahnya untuk turut serta. SITI RATNA yang sememangnya gemar dengan aktiviti luar juga turut serta. Dia mengajak MOIN untuk bersama-sama mengikutinya.
Sinopsis Episode 4
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 4
MOIN berjalan-jalan memasuki hutan, menjerit-jerit memanggil nama SITI RATNA, malangnya tiada sahutan. Tetapi MOIN terjumpa gelang kaki SITI RATNA yang tercabut sewaktu kakinya tersadung pada ranting kayu yang menjalar itu. MOIN mengambil gelang kaki itu dan menyimpannya. Dia kemudiannya pulang dengan hampa kerana tidak dapat menemui SITI RATNA. Berita tentang kehilangan SITI RATNA dan kejadian yang menimpa TRISYA secara tiba-tiba di tapak perkhemahan heboh diperkatakan di kolej. Mereka beranggapan yang TRISYA dan JEHAN telah ditimpa penyakit misteri. Ini menyebabkan ramai rakan mula menjauhi TRISYA bimbang penyakit itu akan berjangkit. Tiada seorang pun yang datang melawat TRISYA yang tergaru-garu di rumahnya.
Sinopsis Episode 5
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 5
Pada suatu hari, SITI RATNA telah menyuarakan apa yang dirasanya kepada MOIN. Pada mulanya, MOIN menganggap yang SITI RATNA masih lagi berimaginasi, kemudian SITI RATNA mula secara tanpa sengaja marah kerana MOIN tidak percayakannya. Serta merta tubuh MOIN gatal-gatal dan dia mula tergaru-garu. Barulah dia akui apa yang diperkatakan oleh SITI RATNA. Sambil tergaru-garu dia meminta SITI RATNA cuba mencari penawar bagaimana untuk menghilangkan rasa gatal yang dialaminya itu. SITI RATNA yang buntu cuba menggaru-garu badan MOIN untuk turut sama menghilangkan rasa gatal, tetapi tidak berhasil. Puas dia memikirkan cara. Sehinggalah tiba-tiba secara tidak sengaja dia yang kelucuan melihat tingkah MOIN yang tergaru-garu bergurau dengan memusing-musingkan kepalanya ke tubuh MOIN, dan secara tiba-tiba gatal-gatal di tubuh MOIN hilang. Mereka terkejut kerana penawarnya ada pada SITI RATNA sendiri.
Sinopsis Episode 6
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 6
PUAN SAODAH yang tidak tahan dengan kegatalan yang berlaku pada tubuhnya, tiba-tiba seperti beruk kena belacan, terlompat –lompat dan tergaru-garu. JEHAN dan TRISYA terkejut kerana apa yang menimpa mereka selama ini telah berlaku kepada PUAN SAODAH pula. SITI RATNA mula tertekan. Dia tiada cara lain melainkan terpaksa melakukan ujikaji penawar yang telah dilakukan olehnya terhadap MOIN tempoh hari. SITI RATNA kemudiannya menghampiri PUAN SAODAH yang masih lagi tergari-garu dan segera meletakkan kepalanya pada bahagian pinggang PUAN SAODAH seterusnya memusing-musingkan kepalanya. JEHAN dan TRISYA berpandangan kehairanan dengan tingkah laku SITI RATNA. Dan apa yang lebih menghairankan lagi, apabila tiba-tiba PUAN SAODAH yang dari tadinya tergaru-garu tiba-tiba kembali normal sebaik SITI RATNA bertindak sedemikian. Mereka terlopong melihat peristiwa pelik yang berlaku di hadapan mata mereka itu.
Sinopsis Episode 7
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 7
SITI RATNA yang semakin tertekan kerana gelaran bomoh dan ilmu hitam yang diberikan kepadanya serta tertekan akibat terpaksa mengawal kemarahan. Jikalau dia marah, dia terpaksa juga melakukan perkara kebodohan untuk merawat penyakit gatal-gatal badan. SITI RATNA mengambil keputusan untuk bercuti dan pulang ke kampung neneknya. MOIN yang mendengar itu, segera menawarkan khidmat untuk menemani SITI RATNA pulang ke kampung kerana dia merasakan yang SITI RATNA memerlukan seorang teman di saat sedemikian. Sementara itu BOMOH TARANG yang tiba di gua pertapaan yang misteri itu telah bertemu denga seorang lelaki yang kelihatan agak tegap dan sasa, tetapi rupanya agak menakutkan. Sebelah matanya di tutup dengan kain seakan-akan pirates. Lelaki ini adalah DAMAK, seorang yang agak terkenal dengan kuasa ilmu hitam dan kekebalan yang dimilikinya. DAMAK tinggal di dalam gua itu supaya kuasanya bertambah kuat dari semasa ke semasa.
Sinopsis Episode 8
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 8
Setibanya SITI RATNA dan MOIN ke kampung halaman , mereka disambut baik oleh NENDA TERATAI dan JALAK. JALAK adalah anak bongsu TERATAI dan adik kepada ALANG SAIDI. Namun JALAK adalah seorang yang kurang upaya dari segi mentalnya. Dia tidak dapat bercakap dengan fasih dan tergagap-gagap. Kelakuan dan tingkah lakunya pula seperti keanak-anakan biarpun usianya sudah pun mencecah 30-an. JALAK gembira kerana dengan kehadiran SITI RATNA dan MOIN , sekurang-kurangnya dia ada kawan kerana dengan fizikalnya yang sedemikian, tiada siapa yang mahu berkawan dengannya di dalam kampung tersebut, malahan dia sering menjadi bahan ejekan. Sementara itu , TARANG teringatkan kisah sewaktu dia masih menuntut di university dahulu. Ketika itu dia merupakan seorang pelajar university yang menjalankan kajian terhadap herba-herba kayu. TARANG dan ALANG SAIDI adalah rakan baik dan mereka sama –sama belajar dalam bidang yang sama.
Sinopsis Episode 9
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 9
NEMDA TERATAI meminta SITI RATNA bersabar dan menganggap apa yang menimpanya sebagai ujian tuhan. MOIN yang turut sama bercuti di kampung halaman SITI RATNA, turut memujuk SITI RATNA supaya tidak bersedih lagi.
Sinopsis Episode 10
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 10
Dalam kekalutan itu, JALAK mencabut beberapa helai daun pucuk buluh dan terus berlari ke arah suara jeritan tersebut. MOIN dan SITI RATNA saling berpandangan, tetapi mereka turut mengekori arah mana JALAK pergi bimbang tersesat di dalm hutan rimba tersebut. Sementara itu, TARANG yang seakan-akan mengetahui di mana dan bagaimana cara untuk mendapatkan darah keturunan Sang Kelembai menyatakan akan kesanggupannya untuk menemukan darah tersebut kepada DAMAK. DAMAK yang sememangnya sangat memerlukan darah tersebut bagi tujuan kekebalan kekuasaan ilmu hitamnya berasa sangat gembira dan teruja mendengar kesanggupan TARANG kerana sudah hampir lima belas tahun dia menuntut dan bertapa dalam gua tersebut, tetapi masih belum ada orang yang dapat memberikannya gambaran di mana untuk menemukan darah keturunan Sang Kelembai.
Sinopsis Episode 11
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 11
DAMAK telah memberi tempoh selama seminggu untuk TARANG mendapatkan darah keturunan SANG KELEMBAI. Sekiranya, syarat dan tempoh yang diberikannya tidak dapat dipenuhi oleh TARANG, DAMAK telah mengugut untuk menjadikan darah TARANG sebagai taruhan kerana dia masih tidak yakin adakah TATANG dapat menemukan darah SANG KELEMBAI untuknya. Sebaliknya , sekiranya TARANG berjaya menemukan dan membawakannya darah keturunan SANG KELEMBAI itu, DAMAK akan menurunkan semua kekuasaan yang dimilikinya kepada TARANG. Mendengarkan taburan janji DAMAK itulah yang membuatkan TARANG tidak sabar-sabar untuk meneruskan pencarian darah keturunan SANG KELEMBAI. Manakala di rumah SITI RATNA pula, TRISYA yang sedang menyelinap masuk ke dalam rumah tanpa pengetahuan sesiapa telah memasuki bilik SITI RATNA, dan membuka almari pakaian SITI RATNA mencari susuk yang mungkin dipakai oleh SITI RATNA.
Sinopsis Episode 12
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 12
TARANG sedang bersiap-siap untuk mengembara meneruskan misinya untuk mendapatkan darah keturunan SANG KELEMBAI. Dia tahu satu-satunya cara untuk mendapatkan darah tersebut adalah dengan pergi menemui BONDA TERATAI, ibu kepada rakan baiknya suatu ketika dahulu iaitu ALANG SAIDI. Ketika TARANG dan ALANG SAIDI pernah menjadi sahabat baik suatu masa dahulu, BONDA TERATAI telah menganggap TARANG seperti anaknya sendiri. Dek kerana itulah TARANG cuba untuk memujuk BONDA TERATAI bagi membantunya mendapatkan darah keturunan SANG KELEMBAI kerana hanya ALANG SAIDI dan BONDA TERATAI yang tahu di mana SITI MAYANG SARI sekarang. TARANG percaya SITI MAYANG SARI belum meninggal seperti yang diberitahu kepada orang ramai kerana tidak ada pusara atau batu nisan yang menjadi tanda kepada kematian SITI MAYANG SARI.
Sinopsis Episode 13
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 13
SITI RATNA, MOIN dan JALAK pulang ke rumah. Pada sebelah malamnya, SITI RATNA tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana asyik teringatkan wanita itu. Dia kemudiannya bangun dan duduk berehat-rehat di beranda. NENDA TERATAI yang menyedari akan kegelisahan SITI RATNA bertanyakan kepadanya akan sebab yang membuatkannya seolah-olah tidak keruan itu. SITI RATNA menceriakan kepada NENDA TERATAI akan peristiwa petang tadi. Sebaik terdengarkan itu, NENDA TERATAI terkejut kerana SITI RATNA telah pun bertemu dengan SITI MAYANG SARI, ibu kandungnya sendiri. Berat hati NENDA TERATAI untuk menceritakan hal sebenar kepada SITI RATNA,namun apabila difikirkan akan tiada gunanya untuk menyembunyikan hal tersebut dengan lebih lama lagi kerana kelak pasti SITI RATNA akan ketahuan juga.
Sinopsis Episode 14
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 14
Keesokan harinya SITI RATNA berkemas-kemas untuk keluar ke bandar dengan MOIN. Dia mahu ke pusat cyber café yang berhampiran untuk menjalankan kajian terhadap asal usul SANG KELEMBAI. Pada mulanya, MOIN tidak tahu kenapa SITI RATNA beriya-iya mahu mengkaji tentang SANG KELEMBAI.sehinggalah SITI RATNA terpaksa berterus terang mengenai wanita yang berada di dalam kurungan yang ditemui mereka di dalam hutan tersebut adalah SITI MAYANG SARI, iaitu ibundanya. MOIN yang mendengar akan hal tersebut pada mulanya gak tidak percaya kerana was was adakah SITI RATNA masih lagi di alam fantasi dan imaginasinya, tetapi tiba-tiba MOIN pun teringatkan kisah sewaktu dia menghirup air dari kelopak mawar di dalam hutan semalam. MOIN pelik bagaimana sebelum ini mereka tidak pernah perasan ada taman yang ada pokok bunga mawar yang begitu banyak sekali di dalam hutan itu, sedangkan sebelum hari kejadian semalam, sudah hampir tiga kali mereka melalui kawasan yang sama.
Sinopsis Episode 15
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 15
TARANG yang telah tiba di perkarangan halaman rumah BONDA TERATAI. Kelihatan JALAK sedang bermain teng-teng seorang diri di halaman rumah. TARANG memberi salam. JALAK menoleh mendengar suara TARANG dan berhenti bermain. Sebaik ternampakkan TARANG, JALAK kelihatan seakan-akan trauma dan lari lintang pukang masuk ke dalam rumah. TARANG tersenyum sendiri dan menggeleng kepalanya melihat gelagat JALAK yang ternyata sangat takutkannya. BONDA TERATAI berasa hairan kenapa JALAK bersikap sedemikian. Dia kemudiannya ke luar beranda rumah, untuk melihat apa yang berlaku. Sebaik ternampakkan TARANG, BONDA TERATAI cuba mengecam dan mengamati akan lelaki yang sedang berdiri menuju ke arahnya itu. Sebaik telah dikenalpasti itu adalah TARANG, BONDA TERATAI menjemput TARANG naik kerana pada suatu ketika dahulu, TARANG itu adalah ibarat seperti anaknya sendiri. Manakan tidak, TARANG dan ALANG SAIDI dulu adalah dua sahabat baik yang tidak boleh berenggang.
Sinopsis Episode 16
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 16
JALAK pulang kembali ke rumah. Dia menjeling tajam kepada TARANG yang sedang berbual dengan BONDA TERATAI. TARANG yang perasan akan hal itu, hanya berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. JALAK masuk ke dalam rumah dan mendengus kasar, membuatkan MOIN dan SITI RATNA pelik dengan perubahan mood JALAK yang tiba-tiba itu. Sementara itu, MASMONA yang sudah terlepas dari ikatan melihat ada beberapa panggilan daripada MOIN yang menghubunginya sewaktu dia diikat semalam. Dia cuba menghubungi MOIN balik untuk bertanyakan di manakan MOIN berada kerana MOIN berada dalam bahaya, namun malangnya MOIN sudahpun berada di luar kawasan. MASMONA pelik kenapa MOIN berada di luar kawasan. Kemanakah MOIN pergi sebenarnya kerana dia tidak diberitahu tentang ke mana MOIN pergi sekarang.
Sinopsis Episode 17
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 17
DAMAK yang berada di gua pertapaan sedang menghitung hari untuk TARANG membawa pulang kepadanya darah keturunan SANG KELEMBAI. Sambil mengasapkan dan memberi jampi kepada bilah kerisnya yang terukir, dia membayangkan akan kekebalan dan kesaktian yang bakal dimilikinya sekiranya TARANG berjaya membawa pulang darah tersebut. Tetapi sekiranya TARANG juga gagal menemui darah tersebut, dia telah bersumpah untuk menjadikan darah TARANG sebagai taruhan, kerana darah manusia biasa juga dapat menambahkan kesaktiannya tetapi untuk tempoh sepurnama sahaja. Sebelum ini juga, sudah ramai korban DAMAK untuk menguatkan ilmu hitamnya itu. TARANG mula mendekati SITI RATNA dan bersembang-sembang dengannya. Sebaik mengetahui SITI RATNA adalah pelajar kolej, barulah dia teringat yang SITI RATNA adalah musuh TRISYA dan TRISYA pernah menunjukkan gambar SITI RATNA suatu ketika dahulu kepadanya bertujuan untuk membomohkannya. Barulah TARANG sedar kenapa ilmu bomohnya tidak berhasil kepada SITI RATNA.
Sinopsis Episode 18
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 18
JEHAN sedang bersiap-siap untuk ke kampung halaman SITI RATNA. dia telah bertekad untuk mencari SITI RATNA walau apa jua sekalipun bagi mengubati penyakit misteri yang telah menimpa TRISYA. Sementara itu, awal-awal pagi lagi, SITI RATNA dan MOIN turun ke Bandar untuk pergi ke pusat cyber café bagi menjalankan kajian tentang keturunan SANG KELEMBAI. SITI RATNA pula bertekad untuk memulihkan kembali penyakit kulit yang telah menimpa ibunya itu. NEK DARA pula telah diarahkan oleh DEWA KELEMBAI untuk turun ke bumi dan berjumpa dengan SITI MAYANG SARI bagi memberi penawar untuk memulihkan suaranya itu. Sebaik tiba di bumi, SITI MAYANG SARI yang masih sangat mengenali bekas pengasuhnya di kayangan dulu berasa sangat gembira dengan kunjungan NEK DARA. Mereka sama-sama melepaskan rindu yang sekian lama terkubur. SITI MAYANG SARI sangat rapat dengan NEK DARA setelah ibundanya SARI DEWI KELEMBAI disumpah untuk tidak kembali ke kayangan kerana telah berlaku curang dengan manusia di bumi.
Sinopsis Episode 19
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 19
ALANG SAIDI yang muncul kembali membuatkan MEGAT cepat-cepat menutup buku catatan peribadi ALANG SAIDI yang telah dibacanya tadi. Dia berpura-pura dan berlagak seolah-olah tidak tahu apa-apa. Sedangkan kepalanya bermacam-macam persoalan sedang berlegar termasuklah niat yang tidak elok. Kelakuan TRISYS yang semakin pelik telah merungsingkan kedua ibu dan bapanya. Manakan tidak, TRISYA kadang-kadang berbuat perkara yang sama berulang kali seperti ketika dia menyarungkan kasutnya, kemudian kasutnya telah ditarik oleh DEWA KELEMBAI, dan TRISYA terpaksa menyarungkannya sekali lagi sedangkan pada pandangan ibu bapanya, seolah-olah TRISYA menyarungkan , kemudian membukanya kembali dan menyarungkannya semula. Ibu TRISYA mengesyaki yang TRISYA mungkin terkena penyakit was-was.
Sinopsis Episode 20
Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Lagenda Siti Kelembai Episode 20
MOIN memberitahu yang petua itu dipelajari dari ibunya untuk kesihatan badan. Tanpa mereka sedari TARANG sedang mengintip perbualan mereka. SITI RATNA kemudiannya memberitahu akan tabung darah yang disimpannya untuk merawat SITI MAYANG SARI. Mereka akhirnya mencapai kata sepakat untuk pergi menemui SITI MAYANG SARI keesokannya. Sementara itu, IBU DEWI yang risau akan keselamatan MOIN bercadang untuk pergi ke kampung halaman SITI RATNA. dia mengajak MASMONA untuk menemaninya. Keesokan harinya, pagi-pagi lagi SITI RATNA, MOIN dan JALAK bersiap sedia ke hutan untuk menemui dan merawat SITI MAYANG SARI. SITI RATNA membawa tabung darah bersamanya. Sementara itu TARANG telah secara senyap-senyap mengekori mereka. Begitu juga dengan JEHAN yang juga cuba untuk mengintip pergerakan TARANG dan mereka. Mereka menyusup masuk ke hutan dengan TARANG mengekori JALAK, SITI RATNA dan MOIN, manakala JEHAN mengekori TARANG.
sumber: http://www.tv9.com.my
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.tv9.com.my
Promo2Tv9 Channel
TV3, TV9
http://cikmin.com/
http://www.iedaluvsham.com/
sumber: http://misskinxs.blogspot.com/
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
Labels:
Drama Lagenda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Lina Axmacher Miss Universe-Sweden/Stockholm Lina Axmacher 26 år -171cm, ca 54kg PHOTO GALLERY Special thanks and credits to www.missuni...
-
Road to Miss World 2011 Clémence Marie Oleksy has been selected by the Miss France Organization to represent France in Miss World 2011...
-
Kathrin Kosch crowned Miss Germany 2011 23-year old Anne Kathrin Kosch was crowned Miss Germany 2011 during the annual pageant held in Rust,...
-
On Monday Evening, the Welcome Party for Miss World 2010 Contestants was held at the CROWNE PLAZA in Sanya, China. Check out the latest ph...
-
Nigar Aliyeva - Miss Azerbaijan 2010 contestant For the first time beauty pageant, The Miss Azerbaijan 2010 will take place on May 23. The ...
-
Meet Miss Intercontinental 2010 Contestants Miss Intercontinental 2009, Hannelly Quintero of Venezuela Miss Intercontinental 2010, the 39t...
-
Charlene Weaver (Contestant 1) Hello my name is Charlene Weaver; I am 18 years old and live in Central Auckland. I'm a first year ...
-
Birth Name: Vanessa Ceruti Birth Date: (age 25) Birth Place: Santiago Occupation: Height: 1.78 m (5 ft 10 in) Measurements: Hair co...
-
23 year old Rauata Temauri was crowned Miss Tahiti 2011 in a beauty pageant held at Papeete. New Beauty Queen 1.70 m tall will represemt Tah...
-
Name: Sabrina Sixta Age: 18 | Height: 5’7″ | Ottawa, ON Sabrina is an A+ student studying mathematics and economics. When she is not w...
My Blog List
Blog Archive
-
▼
2010
(832)
-
▼
October
(208)
- The final of Miss Colorado USA 2011 and Miss Color...
- New Miss World 2010 Press Conference - Alexandria ...
- Miss New Mexico USA 2011 Brittany Toll - 24-year-o...
- Miss Utah USA 2011 is Jamie Crandall - 24-year-old...
- Faith Chibale is the newly crowned Miss Malawi 201...
- Latest photo of Miss World 2010 Alexandria Mills ...
- The winner of Miss Ghana 2010 is Stephanie Karikar...
- Miss Louisiana USA 2011 is Page Pennock - She was ...
- Miss World 2010 latest updates - Alexandria Mills ...
- Latest news & results on Miss World 2010 - Meet th...
- Alexandria Mills is the newly crowned Miss World 2...
- Latest Updates on Miss World from the official Mis...
- Meet the 12 finalists for Miss South Africa 2010 -...
- Photos of Miss New Mexico USA 2011 Brittany Toll
- Photos of Miss Florida Teen USA 2011 Mikyle Crockett
- Miss Kenya Natasha Metto has been announced as the...
- Miss Colorado USA 2011 will be crowned on October ...
- More Photos of Miss Venezuela 2010 Vanessa Concalves
- Miss Vermont USA 2011 will be crowned on November ...
- Miss World 2010 updates - 25 semi finalists will b...
- Jessica Cristina Barboza is the new Miss Venezuela...
- Ivian Sarcos is the new Miss Mundo Venezuela 2010 ...
- Caroline Medina is the new Miss Earth Venezuela 20...
- Miss Venezuela 2010 Results - Vanessa Goncalves is...
- Photos of Miss Venezuela 2010 Contestants at the r...
- Miss Louisiana Teen USA 2011 pageant will be held ...
- Latest Results of Miss All Nations 2010 - Diana Ku...
- The Gala de la Belleza of Miss Venezuela 2010 was ...
- Photos of Miss World 2010 Contestants attending th...
- Allyn Rose 1st Miss Sinergy - Photos of Allyn Rose
- Miss Maryland USA 2011 will be crowned on October ...
- Complete list of 28 Miss Venezuela 2010 Contestant...
- Photos of Miss West Virginia USA 2010 Whitney Veach
- Photos of Miss International 2010 contestants in N...
- Miss Talent 2010 is Emma Waldron of Ireland - beco...
- Miss Vietnam for Miss World 2009 Huong Giang and h...
- Miss International 2010 Updates - Some of the cont...
- 23-year-old Whitney Veach is Miss West Virginia US...
- Miss Nebraska USA 2011 is Haley Herold - Photos o...
- Miss Iowa USA 2011 is Rebecca Goldsmith - Photos o...
- Miss International Updates on October 24, 2010
- 24 year-old Brittany Toll is the winner of Miss Ne...
- Miss Utah USA 2011 Results - The winner of Miss Ut...
- Miss Virginia USA 2011 will be crowned on November...
- With successive victories in the Miss World 2010 F...
- Photos of Miss Universe 2010 Ximena Navarrete and ...
- Erza Haliti is winner of Miss Idaho USA 2011 - Er...
- Ashley Caldwell is the winner of Miss Ohio USA 20...
- MISS WORLD TOP MODEL FAST TRACK 2010 RESULTS - The...
- Miss International 2010 Contestant - MISS RUSSIA I...
- Miss International 2010 Contestant - MISS MONGOLIA...
- Miss International 2010 Contestant - MISS MAURITIU...
- Miss Nebraska USA 2011 will be crowned on October ...
- Latest photos of Miss Universe 2010 finalist Rozan...
- MW Sport Woman fast track 2010 Resutls - The winne...
- 14 Miss Luxembourg 2011 contestants & 4 of the 5 M...
- The Miss New Mexico USA 2011 Pageant will be held ...
- The MISS OHIO USA 2011 Pageant will be held on Oct...
- Miss Iowa USA 2011 will be crowned on October 24, ...
- Lori Moore won the Miss World 2010 Sports competit...
- Miss International 2010 Contestant - MISS VENEZUEL...
- Miss International 2010 Contestant - MISS KOREA IN...
- Miss International 2010 Contestant - MISS EGYPT IN...
- Miss International 2010 Contestant - MISS DENMARK ...
- Miss International 2010 Contestant - MISS ARGENTIN...
- Miss International 2010 Contestant - MISS BELIZE I...
- Miss International 2010 Contestant - MISS MARTINIQ...
- Miss International 2010 Contestant - MISS ARMENIA ...
- Miss International 2010 Contestant - MISS BELARUS ...
- Miss International 2010 Contestant - MISS BOLIVIA ...
- Miss International 2010 Contestant - MISS HONDURAS...
- Miss International 2010 Contestant - MISS CZECH RE...
- Miss North Carolina USA 2011 will be crowned on No...
- Miss Nebraska USA 2011 will be crowned on October ...
- Photos from Miss China Europe 2009 Simwayn Tran - ...
- Photos of Miss Wisconsin USA 2011 - Shaletta Porte...
- Miss International 2010 Contestant - MISS AUSTRALI...
- Miss International 2010 Contestant - MISS ARUBA IN...
- SYNOPSIS & VIDEO KLIP EPISODE 1 - 20 (Tamat) - Dra...
- Miss International 2010 Contestant - MISS CHILE IN...
- Miss International 2010 Contestant - MISS CUBA INT...
- Miss International 2010 Contestant - MISS COSTA RI...
- Miss International 2010 Contestant - MISS COLOMBIA...
- Miss International 2010 Contestant - CHINESE TAIPE...
- News on The Press Conference that was held in Hon...
- Miss Ohio USA 2011 will be crowned on October 23 a...
- New Photos of Miss Namibia 2010 Odile Gertze
- Road to Miss Universe 2011 - New photos of Miss Re...
- Photos of Miss USA 2010 Rima Fakih paid a visit to...
- Megan McConville is the newly crowned Miss Sinergy...
- Miss Sinergy 2011 - Miss Sinergy is a annual pagea...
- Miss World 2010 updates - Latest photos of Beach B...
- Yara Liz Lasanta of Puerto Rico is the winner of ...
- Miss International 2010 Contestant - MISS China IN...
- Miss International 2010 Contestant - MISS CANADA I...
- Miss International 2010 Contestant - MISS BRAZIL I...
- Miss International 2010 Contestant - MISS BELGIUM ...
- Miss International 2010 Contestant - MISS BAHAMAS ...
- Julie-Malika, a model from Cayenne, was crowned Mi...
- Aishwarya Rai, India (1994) elected as THE MOST BE...
-
▼
October
(208)
No comments:
Post a Comment